GOLONGAN YANG SELAMAT

 



BAHAGIAN 1

GOLONGAN YANG SELAMAT

 

1.     Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ

“ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali agama Allah dan Janganlah kamu bercerai berai” Ali Imran ayat 103

 

۞مُنِيبِينَ إِلَيۡهِ وَٱتَّقُوهُ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَلَا تَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ مِنَ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمۡ وَكَانُواْ شِيَعٗاۖ كُلُّ حِزۡبِۢ بِمَا لَدَيۡهِمۡ فَرِحُونَ 

“Dan janganlah kamu Termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka” (Ar-Rum ayat 31-32)

 

2.     Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda

“ Aku wasiatkan kepadamu agar engkau bertakwa kepada Allah patuh dan taat sekalipun yang memerintahmu adalah seorang budak Habsyi. Sebab barangsiapa hidup lama di antara kamu tentu ia akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Kerana itu berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin (yang mereka itu) mendapat petunjuk. Pegang teguhlah ia dan gigitlah dengan gigi geraham. Dan hati-hatilah terhadap perkara yang diada-adakan kerana semua perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah, sedang setiap bidaah adalah sesat (dan setiap yang sesat tempatnya di dalam neraka)” (hadis riwayat an-Nasa'i dan at-Tirmizi yang berkata hadis Hasan sahih).

 

3.     “Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dan ahli kitab telah berpecah-belah menjadi 72 golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan terpecah menjadi 73 golongan, 72 golongan tempatnya di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga iaitu al-jama’ah”( hadis riwayat Ahmad dan yang lain al-Hafizh  menggolongkannya hadis Hasan)

 

4.     dalam riwayat lain disebutkan

“Semua golongan tersebut tempatnya di neraka kecuali satu (iaitu) yang aku dan para sahabatku meniti di atasnya.” (HR at-Tirmizi dan dihasankan oleh al-Albani dalam shahih al-jami' 5219)

 

5.     Ibnu Mas'ud meriwayatkan,

“ Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam membuat garis dengan tangannya lalu bersabda ini jalan Allah yang lurus. Lalu beliau membuat garis-garis di kanan kirinya, kemudian bersabda ‘ini adalah jalan-jalan yang sesat, tak satupun dari jalan-jalan ini kecuali padanya terdapat syaitan yang menyeru kepadanya.’ Selanjutnya beliau membaca Firman Allah ‘Dan bahawa yang kami perintahkan ini adalah jalan yang lurus maka ikutilah dia janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalannya. Yang demikian itu, diperintahkan oleh Allah kepada kamu agar kamu bertakwa” (Al-An'am:153) (Hadis Sahih Riwayat Ahmad dan an-Nasa'i)

 

6.     Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dalam kitabnya al-Ghunyah  berkata “.... Adapun golongan yang selamat adalah Ahlussunnah wal Jama'ah dan Ahlussunnah tidak ada nama lain bagi mereka kecuali satu nama iaitu ashabul hadis (para ahli hadis).”

 

7.     Allah memerintahkan agar kita berpegang teguh kepada al-Quran al-Karim tidak termasuk golongan orang-orang musyrik yang memecah belah agama menjadi beberapa golongan dan kelompok. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menggambarkan bahawa orang-orang Yahudi Dan nasrani telah berpecah-belah menjadi banyak golongan sedang umat Islam akan berpecah lebih banyak lagi,golongan-golongan tersebut akan masuk neraka kerana mereka menyimpang dan jauh dari kitab suci al-Quran dan Sunnah nabi-Nya dan hanya satu golongan yang selamat dan akan masuk syurga iaitu al-Jamaah, yang berpegang teguh kepada kitab suci al-Quran dan Sunnah yang sahih di samping melakukan amalan para sahabat dan rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

 

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan yang selamat (Firqah Najiyah), dan semoga segenap umat Islam termasuk di dalamnya. Amin

 

Sumber: Buku Jalan Golongan Yang Selamat (Syaikh Muhammad Bin Jamil Zainu)

 

 

 

 

 

CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال