5 TAHAP HUBUNGAN DENGAN AL-QURAN

 



5 tahap hubungan dengan Al-Quran

Al-Istimaa

      Mendengar bacaan al-Quran samaada secara langsung,atau melalui media

Beberpa kelebihan mendengar bacaan Al-Quran

      Al-A’raf 7:204

      Al-Anfal 8:2

  1. Mendapat rahmat dari Allah Taala
  2. Bertambah keimanan
  3. Meningkatkan pergantungan (tawakal) kepada Allah Ta’ala

Orang-orang yang tidak beriman tidak suka mendengar bacaan Al-Quran

  1. Surah Fussilaat 41:26
  2. Surah At-Taubah 9: 86 

Orang-orang munafik pula berpura-pura mendengar bacaan Al-Quran, namun mereka enggan menurut perintah-perintah Allah Ta’ala yang terkandung di dalam Al-Quran

Tahap kedua At Tilawah

Membaca al-Quran secara bertajwid dan tartil

  1. Al-Baqarah 2:121
  2. An-Naml 27:92
  3. Fatiir 35:29
  4. al-Furqan 25:32
  5. al-Muzammil 73:4 

Firman Allah Ta’ala di atas menunjukkan perintah membaca al-Quran secara baik dan sempurna (berkualiti) iaitu bacaan yang memenuhi dan menepati hukum-hukum Tajwid,seperti menyempurnakan makhraj huruf,memelihara dengung dan hukum mad serta lain-lain.

Termasuk juga di dalam membaca al-Quran secara tartil ialah membaca dengan perlahan lahan, tidak laju dan tergesa-gesa.

Hanya bacaan secara tartil yang akan memberi sentuhan kepada hati pembaca, sehinggalah menumbuhkan rasa cinta dan sayang terhadap kalam Allah Ta’ala.

Daripada Abdullah ibnu Amru,daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda

“Akan dikatakan kepada ahli al-Quran,bacalah al-Quran dan naiklah ke kedudukan yang lebih tinggi dan bacalah al-Quran dengan baik sebagaimana kamu pernah membacanya di dunia dahulu, sesungguhnya kedudukan kamu adalah ayat terakhir yang kamu membacanya.”

(at-Tirmizi)

KISAH-KISAH PARA SALAF KETIKA MEMBACA AL-QURAN DAN SOLAT

      Abu Bakar Al-Siddiq

Aiesyah r.ha berkata kepada Rasulullah s.a.w

“ Sesungguhnya Abu Bakar seorang lelaki yang lembut (jiwanya) dan tidak mampu menahan air mata ketika membaca al-Quran

      Umar Bin Al-Khattab

Abdullah Bin Syaddad berkata:

“Aku mendengar tangisan Umar bin Al-Khattab yang tersedu-sedu,sedangkan pada saat itu aku di barisan yang paling akhir ketika solat Subuh dan saat itu beliau membaca surah Yusuf”

      Ibnu Umar r.a

“Ibnu Umar r.a apabila membaca al-Quran dan apabila sampai pada ayat

al-Hadid 57:16

Dia menangis sehingga air matanya membasahi janggut dan beliau berkata; “Wahai Rabbku!, memang benar sudah waktunya!’

      Ibnu Abbas r.a

“Aku melihat Ibnu Abbas, di bawah kedua-dua matanya bercucuran air mata yang banyak (kerana membaca al-Quran)

      Muhammad Bin Sirin r.h

Hisyam berkata: “ Aku terdengar tangisan Muhammad bin Sirin pada waktu malam ketika beliau mendirikan solat.”

      Muhamad Bin Al-Munkadir r.h

Daripada Yahya bin Fadl beliau berkata

“ Ketika sedang solat malam, beliau menangis dengan kuat sampai beliau pengsan.Setelah beliau sedar daripada pengsan,keluarganya bertanya “Apa yang menyebabkanmu menangis?” Beliau tidak menjawab dan tetap menangis.

      Zurarah Bin Abi Aufa r.h

“Zurarah bin Abu Aufa pernah mengimamkan solat di sebuah masjid lalu beliau membaca surah al-Muddathir sehingga sampai pada ayat ke 8 dan 9

“kerana apabila telah ditiup sangkakala maka waktu itu adalah waktu ( datangnya) hari yang sulit.”

Beliau menangis teresak-esak lalu meninggal dunia.”

Tahap ketiga Al-Hifz

Menghafaz iaitu memelihara ayat-ayat al-Quran didalam dada dengan penuh kasih sayang dan perhatian serta penghargaan,sehinggalah sentiasa diingati

  1. al-Ankabut 29:49
  2. al-Qiyamah 75:17
  3. al-Ala 87:6

Daripada Aiesyah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Perumpamaan kedudukan orang yang membaca al-Quran sedang ia menghafaznya adalah ia seperti kedudukan para utusan (malaikat atau rasul) yang sentiasa melakukan kebaikan.

(al-Bukhari)

Tahap keempat At-Tadabbur

Iaitu memerhati makna,maksud dan pengajaran setiap ayat al-Quran secara teliti dan bersungguh-sungguh.

  1. Sod 38: 29
  2. an-Nisa 4:82
  3. Muhammad 47:24

Tahap kelima Al-Amal

Iaitu mengamalkan,melaksanakan dan menghayati setiap peraturan dan panduan yang terdapat di dalam al-Quran,pada segenap urusan kehidupan.

  1. Az-Zumar 39:18
  2. al-An’aam 6:155

Penutup

Berusahalah untuk memenuhi kesemua tahap hubungan kita dengan al-Quran,janganlah sekali-kali kita menjadi golongan yang meninggalkan dan membelakangkan al-Quran.

  1. al-Furqan 25:30
  2. al-Baqarah 2:101

Dimanakah tahap hubungan kita dengan Al-Quran?

 

 

 

 

CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال