FORMULA TERBAIK MENYELESAIKAN MASALAH KEBIMBANGAN

 

FORMULA AJAIB MENYELESAIKAN MASALAH KEBIMBANGAN

 


Adakah kita semua mahu akan satu resipi ajaib yang dapat menyelesaikan masalah kebimbangan kita dengan pantas teknik ini amat mudah kita boleh terus mengamalkan teknik ini tanpa perlu membaca bab seterusnya

             sebelum itu Izinkan saya menceritakan terlebih dahulu bagaimana formula ini dihasilkan oleh seorang jurutera pintar yang bernama Willis H. Carrier beliau adalah seorang individu yang bertanggungjawab bagi memperkenalkan industri penghawa dingin pada dunia serta pengasas syarikat penghawa dingin yang terkenal iaitu Carrier Corporation yang berpangkalan di Syracuse New York.Formula yang beliau perkenalkan ini adalah antara teknik terbaik yang pernah saya dengar dapat menyelesaikan masalah kebimbangan. Saya mengetahui kisah ini daripada mulut tuan Carrier sendiri semasa kami makan tengah hari bersama di engineer Club New York

             Ketika saya masih muda tuan Carrier berkata saya bekerja di Syarikat Buffalo Forge New York . suatu hari saya ditugaskan bagi memasang alat pembersih gas di sebuah kilang besar milik syarikat Pittsburgh Plate Glass di Crystal City Missouri. Ia bertujuan bagi menghapuskan kotoran daripada gas supaya ia dapat membakar dengan sempurna tanpa menjejaskan enjin. Kaedah pembersihan gas ini masih terlalu baru ketika itu. Sebelum pemasangan ini dijalankan ia pernah diuji sekali sahaja itupun pada situasi yang berbeza. Tanpa diduga berlaku sedikit masalah teknikal di tempat saya melakukan kerja-kerja pemasangan itu. Alat itu berfungsi tetapi masih belum mencapai piawaian yang kami janjikan kepada pelanggan

             Saya amat terkejut dengan kegagalan itu. Kepala saya bagaikan hendak pecah dibuatnya, terasa seperti ada orang memukul kepala saya bertalu-talu. Perut serta segala organ dalaman saya mulai berasa memulas-mulas Saya juga tidak dapat tidur lena selama beberapa hari kerana bimbang akan masalah ini

             Saya sedar kebimbangan tidak dapat memberikan saya sebarang faedah. Lalu Saya mula mencari jalan bagaimana hendak menangani masalah ini tanpa perlu berasa bimbang. Akhirnya saya berjaya menemui caranya dan saya sudah mengamalkan teknik anti kebimbangan ini lebih daripada 30 tahun .Ternyata ia terbukti berkesan .

            Caranya sangat mudah Kita cuma memerlukan tiga langkah sahaja

Llangkah pertama analisis sesuatu situasi itu dengan berani dan jujur kemudian fikirkan apakah situasi terburuk yang mungkin terjadi. Dalam kes ini saya tahu tiada siapa pun dapat memenjarakan saya ataupun menembak saya semata-mata kerana kesilapan itu. Ya benar saya mungkin dibuang kerja tetapi majikan saya masih berpeluang mengeluarkan semula mesin yang kami pasang itu walaupun mungkin terpaksa menanggung kerugian sebanyak 20 ribu dolar.

             Langkah kedua selepas memikirkan apakah situasi terburuk yang mungkin berlaku saya perlu menenangkan diri (sekiranya perlu) supaya dapat menerima hakikat segala kemungkinan buruk itu .Saya berkata kepada diri saya sendiri, insiden ini memang mencalarkan reputasi baik sayang dan mustahil saya dibuang kerja sekiranya hal ini benar-benar berlaku tidak mengapa. Saya masih mampu mendapatkan pekerjaan yang lain namun keadaan yang mungkin menjadi bertambah buruk selepas majikan saya menjalankan siasatan. Mereka mendapati bahawa saya dan rakan setugas telah melakukan eksperimen menggunakan kaedah baru sewaktu melaksanakan tugasan bagi membersihkan gas. Sekiranya eksperimen ini hanya menelan kos sebanyak 20 ribu dolar mereka masih mampu menanggung kosnya. Mujur mereka menganggap kesilapan yang kami lakukan Itu sebagai suatu eksperimen dan kos itu dibiayai menggunakan peruntukkan daripada dana penyelidikan

             Selepas mengetahui situasi paling buruk yang mungkin berlaku serta cuba menenangkan diri supaya dapat menerima sebarang kemungkinan, dengan serta-merta saya dapat merasakan ketenangan dan ketenteraman jiwa yang tidak pernah saya alami selama ini

             Langkah ketiga bermula dari saat itu, dengan tenang saya dapat menumpukan sepenuh tenaga dan masa saya untuk cuba memperbaiki situasi terburuk yang sudah dapat diterima oleh minda saya sebelum ini

             “Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah cuba mencari jalan  bagaimana saya dapat mengurangkan kerugian sebanyak dua puluh ribu dolar itu. Lalu saya pun melakukan beberapa siri eksperimen dan akhirnya menemui penyelesaiannya. Saya mendapati bahawa syarikat hanya perlu menambah $5000 sahaja lagi bagi membeli peralatan tambahan dan semua masalah ini dapat diselesaikan.Syarikat bersetuju dengan saranan saya itu. Hasilnya syarikat bukan sahaja dapat mengelakkan diri daripada mengalami kerugian sebanyak 20 ribu dolar malah berjaya memperolehi keuntungan  sebanyak $15000

             Saya mungkin tidak mampu berbuat demikian sekiranya diri saya terus berada dalam kebimbangan. Satu daripada ciri-ciri buruk kebimbangan adalah dapat menjejaskan perhatian kita. Apabila bimbang fikiran kita berserabut ini menyebabkan kita tidak dapat membuat keputusan dengan baik. Namun apabila kita memaksa diri dan juga minda kita supaya dapat menghadapi situasi terburuk yang mungkin terjadi, secara tidak langsung ia dapat menghapuskan segala imaginasi yang kurang pasti. Bahkan ia turut meletakkan diri kita pada satu kedudukan yang membolehkan kita menumpukan perhatian kepada masalah kita

             Insiden yang saya ceritakan ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Kaedah ini begitu berkesan. Sejak itu saya terus mengamalkan kaedah tersebut. Hasilnya hidup saya kini hampir bebas sepenuhnya daripada kebimbangan

             Jadi sekarang, mengapa formula ajaib Willis H.Carrier  ini begitu berharga dan praktikal dari sudut psikologi? Sebenarnya dia dapat mengeluarkan kita daripada  gumpalan kabus tebal sewaktu kita sedang meraba-raba di dalamnya akibat dikaburi oleh kebimbangan. Formula ajaib ini ibarat tapak yang membolehkan kita untuk terus berdiri teguh dan tahu di mana kita berdiri. Sekiranya kita tidak mempunyai tapak yang kukuh di bawah kita, bagaimana kita hendak mengharapkan minda kita bagi memikirkan sesuatu

             Profesor William James adalah bapa psikologi gunaan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1910 Masihi. Sekiranya beliau masih lagi hidup pada hari ini dan mendapat tahu saya menggunakan formula menghadapi situasi terburuk ciptaannya, pasti boleh bersetuju dengan saya sepenuh hati. Bagaimana saya tahu? Kerana beliau pernah memberitahu para pelajarnya, “Bersedialah menerima situasi terburuk itu kerana menerima apa yang berlaku adalah langkah pertama bagi mengatasi sebarang nasib malang.”

              Idea yang sama pernah dilontarkan oleh Lin Yu Tang dalam bukunya yang terkenal The Importance of Living .Dalam buku itu ahli falsafah China Ini berkata, “Ketenangan fikiran yang sebenar datang daripada penerimaan perkara yang terburuk.” Dari segi psikologi saya fikir ia bermaksud membebaskan tenaga

             Ya, memang betul Itulah hakikat nya dari segi psikologi, ia bermakna pembebasan tenaga baharu apabila kita dapat menerima segala yang terburuk, kita tidak kerugian apa-apa. Dan secara automatik bermakna kita memiliki segala-galanya! “Selepas mental saya bersedia menghadapi situasi terburuk, dengan serta-merta saya dapat merasai ketenangan dan kelegaan yang tidak pernah saya alami dalam tempoh beberapa hari. Sejak itu saya sudah dapat berfikir semula.” ujar Willias H.Carrier

             Masuk akal bukan? Namun berjuta-juta orang memusnahkan kehidupan mereka sendiri dengan membiarkan sifat amarah menguasai diri, kerana mereka enggan menerima situasi terburuk enggan cuba memperbaiki situasi dan juga enggan menyelamatkan apa yang mereka mampu selamatkan. Mereka bukan sahaja tidak  cuba membina semula nasib mereka malah terlibat dalam pertarungan sengit yang meninggalkan pengalaman pahit. Akhirnya mereka menjadi mangsa kemurungan yang keterlaluan yang dikenali sebagai Melankolia

             Adakah terdapat individu lain yang mengamalkan formula ajaib Willis H Carier ini?. Baiklah, berikut adalah satu contoh berkenaan seorang saudagar minyak di New York yang menggunakan formula ini bagi menyelesaikan masalahnya. Beliau juga adalah salah seorang daripada pelajar dalam kelas saya

             “Saya diugut!” pelajar ini memulakan ceritanya. “Saya seolah-olah tidak percaya kejadian seperti ini dapat berlaku di luar filem. Saya diugut dan inilah yang berlaku sebenarnya. Syarikat penghantaran minyak saya memiliki sejumlah lori tangki dan beberapa orang pemandu. Pada masa itu, peraturan OPA dikuatkuasakan dengan ketat. Peraturan itu menghendaki kami mencatu jumlah minyak yang hendak dihantar kepada mana-mana pelanggan. Pada mulanya saya tidak menyedari kepincangan yang berlaku tetapi lama-kelamaan kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Sesetengah pemandu menghantar minyak dalam kuantiti yang kurang daripada yang sepatutnya kepada pelanggan tetap kami. Kemudian mereka menjual semula lebihan minyak itu kepada pelanggan mereka pula.”

             “Saya mendapat petunjuk pertama apabila pada suatu hari saya dikunjungi oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai inspektor dari jabatan kerajaan dan kemudian beliau meminta rasuah. Beliau mendakwa mempunyai bukti bahawa pemandu kami melakukan kesalahan dan beliau mengugut mahu menyerahkan segala bukti itu kepada  pejabat pendakwaraya sekiranya saya tidak memberi wang kepada beliau.

            “Saya sedar bahawa saya tidak bersalah, sekurang-kurangnya saya tidak bimbang apa-apa berkenaan diri saya tetapi pada masa yang sama saya juga tahu bahawa undang-undang menyatakan syarikat perlu bertanggungjawab atas segala tindak tanduk pekerjanya.Saya juga mendapat tahu sekiranya sebuah kes dibawa ke mahkamah, ia akan disiarkan di akhbar.Ini dapat menjejaskan reputasi syarikat serta merosakkan bisnes saya. Saya amat sayang akan syarikat ini kerana ia diasaskan oleh bapa saya 24 tahun yang lalu.”

             Saya berasa begitu bimbang sehingga jatuh sakit. Saya juga tidak makan dan tidak tidur selama 3 hari dan tiga Malam saya terus berlegar legar seperti orang gila sambil berfikir. Perlukah saya memberi Wang sebanyak $5000 seperti yang diminta ataupun membiarkan sahaja lelaki Itu melaporkan kepada pihak berkuasa. Walau apa pun yang saya fikirkan, ia tetap berakhir dengan mimpi ngeri

             “Kemudian pada suatu malam Ahad secara kebetulan saya terambil buku panduan, Bagaimana Menghilangkan Kebimbangan yang diberikan sewaktu kelas pengucapan awam Tuan Carnegie.Saya mula membaca dan terjumpa cerita Willis H.Carrier itu “hadapilah kemungkinan yang terburuk”. Lalu saya bertanya kepada diri sendiri apakah kemungkinan terburuk yang dapat berlaku kepada diri saya sekiranya tidak memberikan rasuah? Adakah si pemeras ugut ini akan menyerahkan segala rekod yang berkaitan kepada Pendakwa Raya

             “Jawapan untuk persoalan itu ialah, Ya, bisnes saya memang berpotensi musnah tetapi saya tidak mungkin dimasukkan ke penjara. Apa yang mungkin berlaku adalah reputasi saya akan hancur. Itulah situasi terburuk yang mungkin berlaku”

             “Kemudian saya berkata kepada diri saya sendiri.Baiklah nndaikan bisnes saya sudah tiada dan minda saya sudah dapat menerima hakikat itu, apa yang mungkin berlaku seterusnya

             Memandangkan bisnes saya sudah tiada, jadi saya mungkin perlu mencari pekerjaan lain . Tidaklah begitu teruk. Saya memiliki pelbagai kemahiran dan pengalaman dalam industri minyak. Sudah tentu ada beberapa syarikat lain di luar sana yang gembira mahu mengambil saya bekerja. Saya sudah mula berasa positif sekarang. Perasaan takut yang amat sepanjang 3 hari dan tiga malam yang Lalu mulai hilang sedikit demi sedikit. Emosi saya semakin tenang dan yang paling mengagumkan saya sudah mampu berfikir kembali.”

             Kini fikiran saya kembali lapang dan sudah bersedia bagi menghadapi langkah 3 iaitu langkah bagi memperbaiki situasi terburuk. Sewaktu saya sedang berfikir bagi mencari jalan penyelesaian, tiba-tiba saya mendapat idea baru sekiranya saya menceritakan segala-galanya kepada peguam saya, beliau mungkin dapat membantu mencari jalan keluar yang belum pernah saya fikirkan. Saya tahu ia mungkin kedengaran seperti sesuatu yang tidak bijak sekiranya saya katakan bahawa selama ini idea sebegini tidak pernah terlintas langsung di kepala saya Tentulah kerana selama ini saya tidak pernah berfikir, saya hanya tahu bimbang sahaja!. Dengan serta-merta saya  memutuskan perkara pertama yang perlu saya lakukan pada keesokkan pagi adalah bertemu peguam saya. Lalu saya pun masuk ke bilik tidur dan tidur dengan nyenyak nya

              “Bagaimana kesudahannya? Keesokkan hari, peguam saya menasihatkan saya supaya menemui tuan pendakwa raya serta menceritakan hal yang sebenar. Ternyata apa yang saya lakukan adalah tepat. Sebaik sahaja saya selesai menceritakan segalanya, tuan pendakwaraya itu menyatakan kes peras ugut ini sudah berbulan-bulan berlaku bahkan lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Inspektor dari jabatan kerajaan itu sebenarnya adalah penjenayah yang dikehendaki polis. Alangkah leganya hati saya apabila mendengar semua ini. Selama ini diri saya tersiksa selama 3 hari dan 3 malam kerana tertanya-tanya sama ada saya patut menyerahkan $5000 kepada penipu profesional itu ataupun tidak!”

             “Pengalaman ini memberitahukan saya satu pengajaran yang berkekalan sekarang setiap kali saya menghadapi masalah yang menyebabkan saya berasa bimbang, saya segera mengamalkan formula Willias H Carrier ini”

             Sekiranya kita merasakan Willias H.Carrier menghadapi masalah, nampaknya kita masih belum memahami beliau lagi. Berikut adalah kisah Earl P.Haney dari Winchester,Massachusetts. kisah ini diceritakan oleh beliau sendiri kepada saya pada 17 November 1945 di Hotel Statler Boston.

             “Mengimbas semula zaman 1920 an,” katanya, “Ketika itu saya berasa begitu bimbang sekiranya penyakit ulser saya semakin melarat. Pada suatu malam saya mengalami pendarahan yang teruk lalu dikejarkan ke hospital sekolah perubatan University Northwestern Chicago. Berat badan saya turun daripada 80 kg menjadi 40 kg. Penyakit Saya sudah menjadi begitu kronik sehingga doktor langsung tidak membenarkan saya bergerak walaupun hanya mengangkat tangan.”

             Tiga orang doktor ditugaskan merawat saya termasuk seorang pakar alser. Mereka menyatakan bahawa penyakit saya tidak dapat disembuhkan lagi. Hidup saya bergantung pada tepung beralkali dan juga setengah sudu besar susu yang dicampurkan dengan setengah sudu besar krim yang perlu diminum setiap jam. Jururawat memasukkan tiub getah ke dalam perut saya setiap pagi dan malam bagi mengepam keluar segala isinya

 “Perkara ini berlarutan sehingga beberapa bulan.  Akhirnya saya berkata kepada diri saya sendiri, lihatlah sini Wahai Earl Haney, sekiranya kamu sudah tidak mempunyai harapan lagi untuk hidup, kamu harus menikmati saki baki kehidupan yang ada. Bukankah dahulu kamu berhasrat mahu mengembara mengelilingi dunia sebelum menghembuskan nafas terakhir? Jadi , inilah masanya sekiranya kamu ingin menunaikan hasrat kamu itu

 “Apabila saya memberitahu hasrat saya untuk mengembara mengelilingi dunia kepada doktor-doktor  pakar yang merawat saya mereka begitu terkejut. Mustahil ! Belum pernah ada lagi mana-mana pesakit kronik yang menyatakan hasrat ingin mengelilingi dunia. Mereka mengingatkan saya sekiranya saya tetap berkeras ingin meneruskan pengembaraan, saya harus bersedia kerana berkemungkinan besar jasad saya akan disemadikan di dasar laut. ‘Tidak, saya tidak akan membiarkan jasad saya dikebumikan sebegitu.’ Balas saya. ‘Saya sudah berjanji kepada ahli keluarga saya bahawa jasad saya mesti disemadikan di pusara keluarga saya di Broken Bow, Nebraska. Oleh itu, saya perlu membawa keranda bersama-sama semasa mengembara kelak.

 Kemudian saya menemui pihak pengurusan syarikat kapal itu untuk urusan persiapan bagi membawa keranda ke atas kapal. Malah Saya juga turut memaklumkan sekiranya saya meninggal dunia semasa pelayaran, mereka hendaklah meletakkan jasad saya di ruang sejuk beku dan menyimpan jasad saya di sana sehingga kapal itu pulang semula ke Amerika.” Beliau berangkat bagi memulakan perjalanan dengan berbekalkan kata-kata semangat yang ada pada puisi lama Omar Khayyam:

             Lakukanlah yang terbaik selagi mampu,

             Sebelum kita turun menjadi Debu

 Debu ke dalam debu, dan di bawah debu, terbaring

 Tiada anggur, tiada lagu, tiada penyanyi,

 Dan tiada akhir!

“Sebaik sahaja berada di atas kapal Presiden Adams di Los Angeles bagi memulakan pelayaran ke Timur, saya berasa tahap kesihatan saya bertambah baik. Saya tidak perlu lagi mengepam isi perut dan mengambil tepung beralkali sebagai makanan dengan kerap. Malah saya sudah dapat memakan pelbagai jenis makanan termasuk makanan yang dicampurkan dengan pelbagai ramuan eksotik yang dapat menyebabkan saya mati . Selepas beberapa minggu berlalu, saya mula menghisap cerut dan minum minuman keras. Sudah bertahun-tahun saya tidak berasa gembira sebegini. Walaupun kapal kami pernah dilanda ribut dan taufan yang dahsyat, malah dapat menyebabkan kami semua mati gara-gara ketakutan, saya berjaya mengatasi perasaan itu sepanjang pelayaran

             Saya melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan semasa di atas kapal seperti bermain permainan, menyany,i mencari kenalan baru, berjaga sehingga ke tengah malam dan lain-lain. Apabila kapal kami berlabuh di China dan India,barulah saya sedar masalah perniagaan yang saya hadapi selama ini tidaklah besar mana sekiranya hendak dibandingkan dengan masalah kemiskinan dan kebuluran di Timur. Lalu saya terus membuang perasaan bimbang saya yang tidak masuk akal itu jauh-jauh. Akhirnya saya berasa lega apabila kembali semula ke Amerika, saya mendapati berat badan saya sudah bertambah 40 kg malah saya hampir lupa bahawa saya pernah mengalami ulser perut. Saya tidak pernah berasa kehidupan saya sebaik ini. Lalu saya kembali menguruskan perniagaan.Sejak itu, saya juga tidak pernah sakit”

             “Earl P.Haney mengaku kepada saya, kini baru belaiu tahu bahawa selama ini tanpa disedari beliau sebenarnya mengamalkan prinsip-prinsip utama yang digunakan oleh Willis H.Carrier bagi mengatasi masalah kebimbangan.

             Pertama sekali, saya bertanya kepada diri sendiri,’ ‘Apakah situasi paling buruk yang mungkin terjadi?’ Jawapannya adalah kematian.

             “Kemudian yang kedua, minda saya sudah bersedia menghadapi saat-saat kematian. Saya terpaksa berbuat demikian kerana saya tiada pilihan lain. Doktor sendiri mengesahkan bahawa saya memang tiada harapan untuk terus hidup.”

             “Akhir sekali yang ketiga, saya cuba memperbaiki situasi dengan menikmati sepuas-puasnya sisa-sisa kehidupan yang masih ada,” beliau menyambung, “Sekiranya saya terus murung dan bersedih semasa berada di atas kapal, berkemungkinan besar saya akan pulang ke Amerika dengan jasad saya berada di dalam keranda. Sebaliknya, saya sentiasa tenang dan berupaya bagi melupakan segala masalah yang melanda. Ketenangan fikiran Inilah yang sebenarnya memberikan saya tenaga sehingga menyelamatkan nyawa saya.”

             Kesimpulannya, peraturan kedua adalah sekiranya kita mempunyai masalah kebimbangan amalkan formula ajaib Willis H.Carrier dengan Melakukan ketiga-tiga perkara ini:

 

1.     Tanya kepada diri sendiri Apakah situasi terburuk yang Mungkin Terjadi

2.     Bersedia menerima situasi terburuk itu sekiranya perlu.

3.     Berusaha memperbaiki situasi terburuk itu dengan tenang

CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال