CATATAN ILMU MENGEMBALIKAN DIRI KEPADA FITRAH (MADRASAN RAMADHAN)

 



CATATAN ILMU MENGEMBALIKAN DIRI KEPADA FITRAH (MADRASAN RAMADHAN)

1.     Berpuasa secara zahir dan batin dapat membawa diri kembali kepada fitrah.

2.     Manusia pada asasnya memiliki dua sifat iaitu nasiyya atau lupa dan ghaflah atau lalai

3.     Kelupaan dan kelalaian perlukan peringatan.Melakukan puasa yang dibuat berulang-ulang ibarat peringatan Allah supaya menjadi lebih manusiawi dalam niat dan amalan.

4.     Kewajipan berpuasa supaya menjadi manusia bertakwa dan mengurangkan semangat hubbud dunya (cintakan dunia)

5.     Menghayati Ramadhan adalah dengan tujuan mendapatkan redha Allah yang sangat penting kapada orang bertakwa.

6.     Perbuatan yang dihubungkan dengan ketakwaan ( God- Conciousness ) dapat menjadikan tingkah laku kita terkawal dan peribadi kita menjadi elok dan menjadi contoh yang baik.

7.     Jal Quran dalam surah Hujurat ayat 13 menekankan jiwa muttaqin menjadi barometer atau kayu ukur mengenai gelagat dan watak manusia supaya ia kekal dalam fitrah.

8.     Kesedaran ketuhanan God-Conciousness menjadi pedoman terbaik menghubungkan hamba dan khaliq dalam apa saja yang kita lakukan.Tidak hanya terhubung dengan takut akan balasan Allah.

9.     Kembali kepada fitrah membawa maksud kembali kepada maksud kita diciptakan iaitu melakukan ibadah kepada-Nya.

10.  Konsep ibadah tidak saja bersifat rohaniah tetapi juga amaliah yang berbekas pada wadah pekerti dan akhlak.

11.  Pekerti Islami ialah pekerti diri yang fitrah terangkum didalamnya semua akhlak yang indah dan dicontohkan dalam Imakna Islam.

12.  Ramadhan yang dilaluli akan membawa kepada hari kemenangan (idulfitri).Perjalanan rohaniah dan amaliah yang dilalui penuh keinsafan akan mengembalikan kita kepada fitrah yang bersih dalam akidah dan amalan.

13.  Mengembalikan diri kepada firtah merupakan jalan terbaik untuk taqarrub ilallah.

14.  Ramadhan adalah madrasah hati dan nafsu supaya timbul keinsafan bahawa kita ada Allah untuk dijadikan sandaran,ada Al-Quran sebagai sumber rujukan dan kita ada sunnah Rasul sebagai sumber ikutan.

15.  Tidak kembali kepada fitrah menyebabkan kesesatan dan kerugian hidup.

CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال