FEKAH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



FEKAH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM

Bagaimana kita nak rasa adanya nilai tanggungjawab pada non muslim 

Lahirnya daripada ilmu pengetahuan Al-Quran dan Sunnah

Sokongan keluarga

Surah 41 Surah Fussilat-Siapa yang lebih baik perkataannya yang mengajak manusia kepada Allah. Melahirkan rasa tanggungjawab disuluh dengan wahyu

Mengajak bukan kepada kelompok, parti diri tetapi kepada Allah.

Beramal soleh

Berbangga dengan keislamannya

Imam Hassan al Basri berkenaan wali Allah. Al Asas fi Tafsir.

Bukan sekadar mengajak tetapi beramal dengan Islam

Bagaimana nak mengajak kepada Allah (metodologi)

Dengan cara membakar bible,provokasi? Dalam Surah no 12 surah Yusuf ayat 108

Dengan hujjah yang jelas samaada secara syarie atau rasional.

Akhlak yang baik non muslim terpikat.

Hadis riwayat Ahmad berkata Syeikh Arnauth hadis ini sahih ‘Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.


Berinteraksi dengan Non Muslim dan isu tasyabbuh.Siapa yang menyerupai suatu kaum hadis riwayat Abu Daud. Garis panduan isu Tasyabbuh.


Melihat dalam kerangka sebuah negara memberi kesan dan terkesan,Syariah tidak akan mengharamkan kecuali mendatangkan kemudaratan.

Yang mengangkat syiar-dulu tali leher pun tak boleh

Tasyabbuh mempunyai maksud yang membawa kepada syiar berkaitan akidah.

Undang-undang syariah Islam sebenarnya telah ada pada zaman jahiliah

Keterbukaan ada dalam benda duniawi.Tasyabbuh hanya melibatkan soal akidah dan syiar.

Ada perubahan mengikut zaman fekah makmal fatwa amali

Fatwa=ubat

Yang melibatkan ilmu,pentadbiran,teknologi (termasuk dalam al iqtibas)

  • Isu berkaitan sosiopolitik. Tokoh politik berhaluan kanan( Rasmus Paludan-Sweden) yang membakar Al-Quran. Menangani isu tersebut dalam dua konteks berbeza Malaysia dan reaksi terhadap tindakan tersebut.

Non Muslim dalam negara Islam dan Non Muslim yang menjadi pemerintah di negaranya.

Islam lahir dimana-Islam lahir ditempat bukan Islam dan bagaimana Islam nak berkembang jika kita bermusuh dengan orang bukan Islam.

Dia tak ubah budaya tapi diubah akidah/cara hidup yangbertentangan dengan Islam

Setiap bangsa ada tempat masing-masing setiap bangsa menbentuk negaranya.

Dalam konteks non muslim berada di negara majoriti muslim jangan sampai meghilangkan identiti sebuah negara yang beridentitikan Islam.

Isu trend dikalangan non muslim dan muslim untuk menghina agama lain

Seimbangkan dakwah kepada muslim dan non muslim

Abu Dzar berdepan dengan kelompok kaumnya yang dikenali sebagai pencuri dan perompak dan berjaya mengubah akidah kaumnya.

Dakwah kepada non muslim perlu dirancakkan melalui pelbagai saluran media.

Masjid perlu ada unit dakwah non-Muslim

Mendidik non-Muslim jangan melampau.


Garis panduan dalam berinteraksi dengan non-Muslim

Asas berinteraksi ialah membuka pintu dialog.Jangan ikut gaya orang politik.

Akal itu dicipta untuk merasakan kelazatan dengan kebenaran.

Cahaya wahyu diatas cahaya akal.

Perlu ada contoh dalam mengembangkan Islam

Dakwah di negara Malaysia terlalu kompleks kerana banyak cabaran contohnya aspek bahasa.



CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال